Negaraku
50 Tahun Merdeka!!



Friendster Mahasiswa UPM. Sertai Kami!
 |
Pengisytiharan Pilihanraya Kampus UPM 2007
|
Monday, September 24, 2007
|

Pilihanraya Kampus UPM akan diadakan pada 2 Oktober 2007. Ia masih mengekalkan Universiti Pertanian Malaysia sebagai head title pada laman tersebut. (lihat pada kepala laman yang berwarna biru, klik gambar di atas untuk imej lebih besar).
Sila lawati link di bawah;
|
posted by Mahasiswa-UPM @
11:43 PM  |
|
|
Keselamatan UPM macam ANJING, kata ahli GMM
|
Saturday, September 22, 2007
|

Mungkin ada rasionalnya ahli GMM ini berkata sedemikian di dalam blognya. Pihak Keselamatan UPM perlu memikirkan kembali apakah tugas mereka yang sebenar-benarnya di UPM. Klik pada gambar di atas, atau klik di sini untuk ke web ahli GMM berkenaan. |
posted by Mahasiswa-UPM @
11:00 PM  |
|
|
UPM dakwa Yee simpan risalah, bahan lucah.
|
Wednesday, September 19, 2007
|
Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa seorang pelajarnya, Yee Yang Yang (gambar) telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) kerana menyimpan bahan lucah dan bahan cetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti dalam kawasan kampus.
Naib Canselor UPM, Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata siasatan bahagian keselamatan universiti tersebut telah menemui risalah dalam bilik Yee yang dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar.
"Komputer ribanya juga mengandungi banyak bahan lucah," katanya dalam satu kenyataa hari ini sebagai mengulas laporan media mengenai dakwaan Yee yang pihak keselamatan universiti memecah masuk ke bilik asramanya pada 14 September 2007 dan merampas komputer riba serta lain-lain barangan miliknya. Katanya, Perkara 12 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar-pelajar) tidak membenarkan pelajar menerbit, mencetak atau mengedar risalah, dokumen atau bahan bercetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti.
Berikut adalah kenyataan penuh Dr Nik Mustapha:
Kami mendapat maklum tersebarnya dalam media tertentu dakwaan seorang pelajar UPM bahawa pihak keselamatan universiti memecah masuk ke bilik asramanya pada 14 September 2007 dan merampas komputer riba serta lain-lain barangan milik beliau. Dakwaan seterusnya dibuat bahawa tindakan ini diambil pihak universiti untuk menakut-nakutkan pelaja menjelang pilihanraya kampus yang akan diadakan tidak lama lagi.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, UPM ingin menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Tindakan pihak keselamatan UPM adalah wajar dan berlandaskan peraturan berkaitan pelanggaran tatatertib oleh pelajar tersebut. Kronologi kejadian adalah seperti berikut:
1. Pada 14 September 2007, Bahagian Keselamatan UPM mendapat panggilan daripada Majlis Tertinggi Mahasiswa (MPM) dan felo Kolej 13 berhubung beberapa kes kecurian komputer riba dan telefon bimbit yang berlaku di kolej tersebut. Penghuni kolej resah dan bimbang kerana telah berlaku lapan kejadian kecurian. Justeru, MPM dan felo kolej mohon kerjasama pihak keselamatan UPM untuk mengadakan pemeriksaan bilik ke bilik di Blok C kolej 13.
2. Semasa mencari komputer riba dan telefon bimbit yang hilang di bilik 505 blok tersebut, pegawai keselamatan menemui pelbagai risalah yang dicetak untuk edaran, kad kutipan wang dan lain-lain dokumen. Penghuni bilik ini ialah pelajar bernama Yee Yang Yang. Beliau tidak mengakui komputer riba di bilik tersebut adalah miliknya. Beliau juga berkata bahawa kad matriknya hilang dan komputer riba itu tidak boleh digunakan kerana kehabisan bateri.
3. Semasa disoal, pegawai keselamatan mendapati Yee ada menyimpan kad matriknya dan komputer riba boleh berfungsi. Oleh kerana ada unsur pembohongan, pegawai keselamatan mempunyai asas meragui tindakan Yee, maka pelajar itu dimaklumkan bahawa risalah, komputer riba, pendrive, MP4 player , software, CD, dan telefon bimbit jenis Nokia N73 miliknya akan dibawa ke Bahagian Keselamatan sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut. Yee bersetuju dan memberi kebenaran kepada pegawai keselamatan berbuat demikian.
4. Siasatan Bahagian Keselamatan mendapati bahawa risalah yang dijumpai dalam bilik Yee dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar. Komputer ribanya juga mengandungi banyak bahan lucah. Perkara 12 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, kaedah-kaedah UPM (Tatatertib Pelajar-pelajar) tidak membenarkan pelajar menerbit, mencetak atau mengedar risalah, dokumen atau bahan bercetak tanpa kelulusan pihak berkuasa universiti. Yee juga telah berlanggar Perkara 19 (1) akta tersebut, kerana memiliki dan menyimpan bahan atau artikel lucah semasa dalam kampus.
5. Keesokannya, 15 September 2007, Yee dan sekumpulan pelajar datang ke Bahagian Keselamatan untuk mendapatkan kembali barang barang beliau. Beliau diberitahu bahawa barang-barang tersebut tidak dapat dikembalikan kerana siasatan masih berjalan. Mereka mempertikai keputusan ini dan bertindak liar dengan menghalang pegawai keselamatan menjalankan tugas dan menahan kenderaan rasmi Unit Khas milik universiti daripada bergerak. 6. Kes ini masih disaisat dan telah dibawa ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Jelas terdapat pelanggaran disiplin dan tatatertib oleh pelajar ini, dan pihak universiti perlu mengambil tindakan sewajarnya. UPM sentiasa menggarapkan suasana hidup yang harmoni dan perpaduan yang kukuh bukan sahaja di kalangan pelajar, tetapi juga di antara pelajar dengan staf.
-http://www.malaysiakini.com/news/72571
|
posted by Mahasiswa-UPM @
9:53 PM  |
|
|
Salam Ramadhan El-Mubarak!
|
Wednesday, September 12, 2007
|
Warga kerja PBBUPM dan JAMIS UPM mengucapkan selamat mengerjakan ibadah berpuasa kepada semua mahasiswa Muslimin dan Muslimat.
|
posted by Mahasiswa-UPM @
11:01 PM  |
|
|
Bajet 08; Elaun sara hidup pelajar IPT dinaikkan.
|
Friday, September 7, 2007
|

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Lebih 90,000 pelajar di pusat pengajian tinggi tempatan akan mendapat manfaat ekoran langkah kerajaan meningkatkan elaun sara hidup pelajar antara 23 peratus dan 84 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kadar baru itu akan berkuat kuasa mulai semester pertama sesi 2007 dan ia termasuk bagi pelajar yang mengikuti kursus persediaan dan kursus bahasa. (lagi berita...)
-Utusan Malaysia, 7 September 2007. |
posted by Mahasiswa-UPM @
9:44 PM  |
|
|
Selamat Ulangtahun Malaysia ke 50! Malaysiaku Gemilang!
|
Saturday, September 1, 2007
|



Beberapa rakaman detik kegemilangan Malaysia di malam kemerdekaan tanggal 31 Ogos 2007 di Dataran Merdeka yang dirakam oleh krew JAMIS UPM. Selamat diucapkan kepada rakyat Malaysia khususnya buat Mahasiswa UPM.
Malaysiaku Gemilang! |
posted by Mahasiswa-UPM @
6:08 PM  |
|
|
|
>>Pengenalan kepada Politik Kampus UPM |
Gerakan
Mahasiswa Pembangkang Malaysia dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), dan dianggotai oleh;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung ( GAMIS )
2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
6. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
7. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
DEMA adalah satu pertubuhan haram mahasiswa di Malaysia yang
lahir dari UPM dan operasinya hidup bak nyawa-nyawa ikan, dengan modus
operandinya menghasut mahasiswa.
Kemudian lahirlah Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan kemudian
lahirlah Solidariti Mahasiswa Putra (SMP), dan kemudian mereka
semua ini bersatu untuk memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) di UPM.
PBBUPM melalui laman M-U ini,
akan membongkar siri-siri gerakan terancang GMM di UPM buat tatapan umum.
|
>>Artikel Lalu |
|
>>Arkib Artikel |
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
|
|
PBTUPM in new
era of GMMUPM. |
PBTUPM tajaan GMM |
www.pbtupm.blogspot.com
|
PBTUPM Alumni |
www.pbt-upm.blogspot.com |
Simon Ooi Tze
Y4C

PMIUPM
![[helang_deli.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSDl2HHS-KAH1f-qK6o-z-z2GPM31q6NqnhZH2axQ3CIucj4sLV59cATNUFLBNXKfbq0Xs7Joy1dC-vgwkAxP8CP6krE8ad8r0PgQXOyumcdVA_pYCGmn3EwM_5oQQ1pMaWp6FYC0R0aM/s1600/helang_deli.jpg)
Ahli PMIUPM |