Negaraku
50 Tahun Merdeka!!



Friendster Mahasiswa UPM. Sertai Kami!
 |
Mahasiswa bangkit bantah sikap pembuli di Minggu Suai Kenal UKM
|
Friday, July 4, 2008
|
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Minggu Suai Kenal Mahasiswa di Universiti Kebangsaan (UKM) dipolitikkan bukanlah suatu isu yang baru.
Apa yang lebih mengejutkan budaya ragging dan membuli masih terus berlaku sedangkan ianya telah lama
Menurut Jurucakap Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Ng Yong Jin, budaya ragging dan tidur lewat malam sehingga pukul tiga pagi di Kolej Keris Mas pada 1 Julai lalu, jelas menggambarkan bahawa mahasiswa baru diperlakukan seperti kadet tentera sedangkan kedatangan mereka ke Universiti adalah untuk menimba ilmu dan berpersatuan, bukannya menjadi tentera.
"Sememangnya kami sudah mual melihat gelagat Fasilatator minggu suai kenal yang lebih banyak bertindak di luar batasan dan bersifat kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.
Justeru, Ng berharap agar mahasiswa baru dapat menilai bahawa Fasilitator minggu mesra pelajar yang rata-ratanya adalah penggerak Aspirasi-TSB di UKM merupakan gambaran sebenar sikap mereka yang sememangya dikenali sebagai golongan yang tidak bermoral.
Malahan tambahnya, tindakan berani mahasiswa baru yang mengingkari arahan Fasilitator Kolej Tun Hussien Onn pada hari pertama orientasi wajar dipuji kerana keengganan mereka ditahan lama oleh Fasilitator kolej tersebut.
"Kami amat berharap agar isu ragging dan buli serta kata-kata kesat yang menjadi tradisi dalam minggu suai kenal dihapuskan sama sekali dan ia hanya dapat direalisasikan sekiranya kami dilantik sebagai hamba kepada mahasiswa UKM dalam pilihanraya kampus akan datang," ujarnya.
Pada masa yang sama kata Ng, minggu mesra pelajar turut menjadi gelanggang politik pihak Umno dan Aspirasi dalam menyuntik fahaman politik terhadap pemikiran mahasiswa condong kepada mereka.
Buktinya, slot program bersama pemimpin pada 30 Jun lalu yang menampilkan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Devamany A/l S. Krishnasamy dan Shaharuddin @ Saifullah, Alumni UKM serta Dato' Dr Tekhee @Tiki anak Lafe, ahli parlimen Mas Gading, Sarawak telah merendahkan tahap integriti dan keunggulan Universiti apabila unsur politik yang diserap ke dalam pemikiran mahasiswa baru.
Menurut sumber, isu perkauman turut dimainkan dalam minggu suai kenal tersebut.
Pelajar bukan melayu seolah-olah didiskriminasi dan dipinggirkan dalam perkara kebajikan oleh urusetia program dan ini dapat dilihat daripada tindakan fasilitator Kolej Burhanuddin Helmi yang meminggirkan seorang pelajar berbangsa cina yang memerlukan penjagaan rapi akibat penyakit yang dialaminya.
Menurut sumber lagi, keintelektualan mahasiswa turut dicemari dengan penganjuran program Malam Percikan Seni di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) yang bersifat hedonisme akan menyemarakkan lagi gejala moral di UKM, apatah lagi pergaulan bebas di kalangan fasilitator yang menjadi contoh kepada mahasiswa baru.
Keadaan bertambah buruk lagi apabila, isu kecurian yang berlaku semasa minggu suai kenal telah merendahkan tahap keselamatan mahasiswa disebabkan oleh 'kerajinan' sesetengah pengawal keselamatan yang 'sibuk menjalankan tugasan lain' daripada kawalan keselamatan kampus.
Program sepanjang tempoh lima hari iaitu dari 30 Jun sehingga 5 Julai yang diaturkan oleh pihak pentadbiran kolej dan Universiti lebih banyak terarah hedonisme dan merendahkan martabat Universiti.
Justeru, GMUKM berharap agar isu kecurian dan juga kes jenayah yang berlaku semasa minggu suai kenal tersebut dapat diselesaikan.
Sumber - HarakahDaily.Net |
posted by Mahasiswa-UPM @
5:23 PM  |
|
|
Mahasiswa pasca PRU-12
|
Monday, June 16, 2008
|

PERSIAPAN Pasukan Keselamatan UPM dalam 'menyambut' mahasiswa baru UPM sedang giat dijalankan.
Adakah penindasan dan penganaktirian bakal dijamu kepada 'pemimpin masa depan' ini? Dek kerana kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum lalu, mahasiswa dijerut lebih erat bagi mengekang cubaan mempengaruhi mahasiswa menyokong pihak pembangkang? Sikap 'prihatin' menteri yang bertanggungjawab dalam penggubalan/penelitian semula AUKU dilihat sebagai gimik semata-mata. Sejauh manakah keberkesanan pemindaan itu nanti bakal menyerlahkan kemahasiswaan masa kini? |
posted by Mahasiswa-UPM @
9:09 PM  |
|
|
Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak
|
Tuesday, May 6, 2008
|
KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Sultan Perak sendiri pernah jadi Ketua Hakim Negara, takkan tidak sedar kes ini,” kata Karpal.
Dalam hal ini, beliau berpendapat kerajaan negeri Perak tidak sepatutnya ‘tunduk’ kepada tekanan pihak istana.
‘‘Masalahnya Menteri Besar Perak (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan negeri tidak sepatutnya dipengaruhi istana.
‘‘Arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang. Jamry patut ditukar seperti keputusan awal kerajaan negeri. (Mohammad) Nizar tidak perlu minta maaf... tiada apa yang salah,” katanya.
Karpal turut menggesa Kerajaan Pusat memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri agar apa yang berlaku di Perak tidak menjadi ikutan negeri-negeri beraja yang lain.
Menurutnya, walaupun sultan merupakan ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menteri Besar Perak dilaporkan akan menghadap Sultan Azlan Shah Selasa ini bagi menyerahkan watikah memohon ampun atas tindakan beliau mengarahkan pertukaran serta-merta Pengarah JAIP baru-baru ini.
Perbuatan Mohammad Nizar itu melanggar tradisi di Perak kerana semua pelantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak.
“Saya amat menghormati dan dengan rendah diri akan sentiasa patuh dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan Perak.
“Saya akan memohon menghadap dan menyerahkan watikah memohon ampun kepada baginda secepat mungkin,” kata Mohammad Nizar dalam satu kenyataan Sabtu lalu.
Jamry, yang bertugas sebagai Pengarah JAIP sejak 2004, diarah bertukar serta- merta ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.
Mohammad Nizar yang mengeluarkan arahan itu pada 29 April mendakwa Jamry tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu-isu pentadbiran agama dan usaha kerajaan negeri yang baru untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
Pada Jumaat lalu, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran tersebut.
Arahan itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.
Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
KESIMPULAN; Sultan kini boleh dipijak sewenang2nya oleh pembangkang!
|
posted by Mahasiswa-UPM @
10:55 AM  |
|
|
BN hampir hilang mandat, menang sorak, kampung tergadai.
|
Thursday, March 13, 2008
|
Apalah ertinya jika menang dan mendapat mandat, tetapi dalam kehampaan, tanah air tergadai. Apalah ertinya. Mahasiswa harus bersatu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan gadaikan masa depan kita hanya kerana taksub dengan isu-isu yang akan merugikan kita kelak. |
posted by Mahasiswa-UPM @
10:29 PM  |
|
|
Kebajikan hanya untuk Kakitangan. Terbukti!
|
Tuesday, February 26, 2008
|
Gempar dengan kes kematian seorang mahasiswi di UPM baru-baru ini, telah mengejutkan warga kampus. Simpati dihulur, iktibar diambil.
Rakan rapat kepada arwah amat berharap untuk mengunjungi keluarga arwah di kampung halamannya. Maka satu trip dengan sebuah bas UPM digunakan untuk membawa rakan arwah berkenaan dengan maksud untuk menziarahi pusara arwah.
Namun, mahasiswa amat kesal dengan sikap endah tak endah pengawai HEP yang dengan sendirinya 'menetapkan' peraturan sesuka hati. Pada saat-saat akhir, tidak ramai mahasiswa yang dapat menyertai trip ke utara (kampung halaman / pusara arwah) kerana majoriti peserta trip berkenaan adalah pegawai HEP. Ini telah mengundang kemarahan mahasiswa terhadap isu yang berlaku.
Hal ini dipandang sebagai trip untuk pegawai melancong ke utara. 10 minit ke pusara, 10 jam bershopping - ujar seorang mahasiswi KTP yang merahsiakan namanya.
Adakah benar dakwaan khabar angin bahawa kebajikan kakitangan UPM mendahului kebajikan mahasiswa UPM itu sendiri? Siapakah pelanggan? Siapakah tuan?
Allahyarham Ummi Husna bt Ismail, mahasiswi KTP UPM, meninggal dunia ketika di kolej minggu lepas. Jurusan Sains Pengguna.
Al-Fatihah.
|
posted by Mahasiswa-UPM @
11:36 PM  |
|
|
|
>>Pengenalan kepada Politik Kampus UPM |
Gerakan
Mahasiswa Pembangkang Malaysia dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), dan dianggotai oleh;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung ( GAMIS )
2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
6. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
7. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
DEMA adalah satu pertubuhan haram mahasiswa di Malaysia yang
lahir dari UPM dan operasinya hidup bak nyawa-nyawa ikan, dengan modus
operandinya menghasut mahasiswa.
Kemudian lahirlah Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan kemudian
lahirlah Solidariti Mahasiswa Putra (SMP), dan kemudian mereka
semua ini bersatu untuk memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) di UPM.
PBBUPM melalui laman M-U ini,
akan membongkar siri-siri gerakan terancang GMM di UPM buat tatapan umum.
|
>>Artikel Lalu |
|
>>Arkib Artikel |
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
|
|
PBTUPM in new
era of GMMUPM. |
PBTUPM tajaan GMM |
www.pbtupm.blogspot.com
|
PBTUPM Alumni |
www.pbt-upm.blogspot.com |
Simon Ooi Tze
Y4C

PMIUPM
![[helang_deli.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSDl2HHS-KAH1f-qK6o-z-z2GPM31q6NqnhZH2axQ3CIucj4sLV59cATNUFLBNXKfbq0Xs7Joy1dC-vgwkAxP8CP6krE8ad8r0PgQXOyumcdVA_pYCGmn3EwM_5oQQ1pMaWp6FYC0R0aM/s1600/helang_deli.jpg)
Ahli PMIUPM |