Negaraku
50 Tahun Merdeka!!



Friendster Mahasiswa UPM. Sertai Kami!
 |
Analisis Kemenangan Pilihanraya Kampus UPM 2007
|
Sunday, August 26, 2007
|

Cakap-cakap mengenai pembabitan semula pro-pembangkang dari Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) dalam pilihanraya kampus di UPM kali ini, diramal akan memenangi kira-kira 75 peratus daripada kerusi Calon Bebas. Manakala bagi kerusi Fakulti, hampir 50 peratus telah diramal akan dimenangi oleh perkumpulan ini. Front mahasiswa ini yakin mereka mampu melakukannya sekiranya mahasiswa memberi sokongan penuh kepada mereka.
Berbeza seperti sebelum ini, pihak mahasiswa pro-pembangkang dikatakan telah membawa haluan masing-masing, di mana GMM dan sekutu lamanya dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) telah tidak lagi bekerjasama dalam pilihanraya kampus kali ini. Menurut sumber, difahamkan bahawa ini adalah strategi yang dipersetujui dari parti politik masing-masing.
Menurut sumber itu lagi, mereka tidak gentar dengan cabaran dan taktik kotor yang digunakan oleh pentadbiran universiti dalam pilihanraya kampus ini biarpun masih mengekalkan penggunaan sistem undi eletronik. Mahasiswa yang ditemubual menyatakan bahawa mereka tidak akan terpedaya dengan ugutan pihak pentadbiran bahawa akan dibuang kolej sekiranya tidak turun mengundi pada kali ini. Beberapa kes yang ditemui sebelum ini membabitkan mahasiswa pro-pembangkang yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak turun mengundi pada pilihanraya kampus yang lalu, namun begitu, tiada tindakan buang kolej diambil.
Fenomena pilihanraya kampus kali ini dijangka akan memperlihatkan persaingan sengit di antara kelompok pro-aspirasi menentang perkumpulan pro-pembangkang. Biarpun perkumpulan ini membawa haluan masing-masing dalam memenangi kerusi MPP, namun peratusan kemenangan mereka dijangka akan mencatatkan sejarah baru bagi politik kampus di UPM. |
posted by Mahasiswa-UPM @
2:31 PM  |
|
|
Gendang Pilihanraya Umum telah bermula, Pilihanraya Kampus jadi medan pra-uji.
|
Monday, August 20, 2007
|
Pak Lah telah memberi petunjuk awal bahawa piliharaya umum akan diadakan pada bila-bila masa selepas Ramadhan tahun ini.
Pilihanraya kampus kini mula menjadi hangat. Di kampus UPM, gelombang perjuangan pro-pembangkang mula menunjukkan taringnya apabila menampal poster di sekeliling Flat Sri Serdang dengan mesej untuk memberi pemahaman kepada mahasiswa bahawa terdapat dua (2) team yang terlibat dalam pilihanraya kampus di UPM.
Team yang pertama ialah Pro-Aspirasi, yang mana team ini banyak disokong oleh kerajaan. Manakala team kedua ialah Pro-Mahasiswa yang banyak memperjuangkan kehendak dan kebajikan mahasiswa.
Strategi licik mahasiswa pro-pembangkang dengan menamakan team mereka sebagai pro-mahasiswa dilihat telah gagal mengaburi mata mahasiswa. Ini adalah kerana, kesedaran mahasiswa terhadap perjuangan pro-pembangkang yang tidak telus dalam membela kebajikan mahasiswa amnya. Mereka (team pro-pembangkang) hanya lebih mahir berpolitik daripada menumpukan ke arah keselesaan mahasiswa di dalam kampus.
Dijangka pada pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada September 2007 ini, pro-pembangkang tidak akan memboikot pilihanraya kampus seperti mana yang dilakukan 2 tahun kebelakangan ini. Ini merancakkan lagi suasana hangat pilihanraya kampus, yang mendahului dan mewarnai pilihanraya umum akan datang.
Mahasiswa yang prihatin dengan aspek kebajikan mereka untuk belajar dengan aman dan selesa di dalam kampus UPM ini, perlulah bijak dalam memilih siapakah yang patut dipilih sebagai The Leaders dari kalangan yang benar-benar komited, konsisten dan berkemampuan untuk memikul tanggungjawab selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
|
|
|
posted by Mahasiswa-UPM @
12:03 PM  |
|
|
GMM rubbish?
|
Sunday, August 5, 2007
|
Sila klik untuk melihat imej yang lebih jelas. |
posted by Mahasiswa-UPM @
9:41 PM  |
|
|
|
>>Pengenalan kepada Politik Kampus UPM |
Gerakan
Mahasiswa Pembangkang Malaysia dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), dan dianggotai oleh;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung ( GAMIS )
2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
6. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
7. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
DEMA adalah satu pertubuhan haram mahasiswa di Malaysia yang
lahir dari UPM dan operasinya hidup bak nyawa-nyawa ikan, dengan modus
operandinya menghasut mahasiswa.
Kemudian lahirlah Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan kemudian
lahirlah Solidariti Mahasiswa Putra (SMP), dan kemudian mereka
semua ini bersatu untuk memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) di UPM.
PBBUPM melalui laman M-U ini,
akan membongkar siri-siri gerakan terancang GMM di UPM buat tatapan umum.
|
>>Artikel Lalu |
|
>>Arkib Artikel |
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
|
|
PBTUPM in new
era of GMMUPM. |
PBTUPM tajaan GMM |
www.pbtupm.blogspot.com
|
PBTUPM Alumni |
www.pbt-upm.blogspot.com |
Simon Ooi Tze
Y4C

PMIUPM
![[helang_deli.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSDl2HHS-KAH1f-qK6o-z-z2GPM31q6NqnhZH2axQ3CIucj4sLV59cATNUFLBNXKfbq0Xs7Joy1dC-vgwkAxP8CP6krE8ad8r0PgQXOyumcdVA_pYCGmn3EwM_5oQQ1pMaWp6FYC0R0aM/s1600/helang_deli.jpg)
Ahli PMIUPM |