Negaraku
50 Tahun Merdeka!!



Friendster Mahasiswa UPM. Sertai Kami!
 |
Mahasiswa sila waspada.
|
Thursday, March 29, 2007
|
Kepanasan politik kampus yang hingar bingar dengan isu GMM dan kepincangan politik dalaman HEP kini mula reda. Kepanasan cuaca kini baru bermula. Musim panas dijangka akan melanda negara awal bulan April ini selama sebulan, dan team M-U ingin mengajak mahasiswa agar bersiap siaga dengan keadaan cuaca ini, memandangkan ia bakal bertembung dengan Final Exam Week. |
posted by Mahasiswa-UPM @
3:49 PM  |
|
|
Remembering K-12, GMM used issue.
|
Saturday, March 24, 2007
|

Garangnya gadis Miri. Isu ini sudah lama, tapi krew M-U baru jumpa video ni kat net. Sama-sama kita saksikan keganasan ini yang pastinya mengecutkan perut anda.
Mahasiswa, sama-sama kita renungkan.
Jadikan tauladan. Jauhkan permusuhan. Rapatkan persahabatan. Junjung perlembagaan. |
posted by Mahasiswa-UPM @
12:47 PM  |
|
|
Bicara Lagenda; Memperingati P.Ramlee
|
Thursday, March 22, 2007
|
Bicara seni ini yang berbentuk forum dan bertemakan “Sepetang Memperingati Lagenda : Tan Sri P. Ramlee” ini akan membicarakan tentang perjalanan seni sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni. Di Panggung Percubaan, UPM pada 24-03-2007 jam 2.30 PM. Terbuka kepada semua. Diharap ahli PMI tidak menanggalkan banner dan banting bagi acara ini, seperti yang telah dilakukan pada acara tayangan Filem Cicakmen tempoh hari. |
posted by Mahasiswa-UPM @
10:54 AM  |
|
|
Khidmat ikhlas, jangan ditanya kenapa.
|
Wednesday, March 21, 2007
|
(klik pada gambar untuk lihat saiz yang lebih besar) ......Rakan Penyelaras PBBUPM lalu lalang kat satu fakulti kat UPM semalam. Ternampak lah satu notis yang banyak kasihan. Lalu, disiarkanlah dalam laman M-U ini. Jika anda hilang anak kucing di kawasan UPM, atau ada apa-apa masalah kebajikan mahasiswa, sila email pada kami. We try our best. |
posted by Mahasiswa-UPM @
10:05 AM  |
|
|
Ketuk kepala mahasiswa, tanda jangan parking sepah-sepahan?
|
Tuesday, March 20, 2007
|
Amaran; hati-hati, kepala anda mungkin 'diketuk' palang.

Ada satu isu yang merimaskan semua mahasiswa (termasuk puak GMM). Banyak sekali palang-palang penghadang kenderaan daripada memasuki kawasan fakulti. Sudah parking di kawasan parking pelajar, si pelajar ini jalan kaki ke fakulti. Tiba di gerbang fakulti, kepalanya di'sekel' atau diketuk oleh penghadang (palang) pagar automatik. Kasihan pelajar ini. Kasihan lagi kalau kena pada kepala ahli GMM kerana mereka 'bersusahpayah' menghandle isu ini. Sampai bila agaknya isu parking akan berpanjangan? Ke mana mahasiswa nak bawa nama UPM jika UPM melayan mahasiswa begini? |
posted by Mahasiswa-UPM @
11:29 AM  |
|
|
Mahasiswa dan kebebasan bersuara
|
Thursday, March 15, 2007
|
 Mahasiswa tidak dihalang bersuara. Tidak dihalang juga berpartisipasi. Setiap masyarakat perlu sedar akan hak dan kebebasan untuk bersuara. Lantanglah apabila batil mengatasi yang hak. Perlunya menyalurkan tindakan itu dengan lunas-lunas yang ditetapkan oleh satu institusi yang berautoriti. Marahlah, geramlah, cacilah, makilah, bertindaklah, berikhtiarlah, dengan apa jua cara sekalipun, biar ia masih mengikut peraturan yang ditetapkan. Biar ia garang dalam sopan, kesemua tindakan ini gah, sambil menunjukkan kredibiliti mahasiswa yang unggul dan kukuh.
|
posted by Mahasiswa-UPM @
2:16 PM  |
|
|
Pak Gad yang MengguGad
|
|
Pak Gad UPM MengguGad? Waspadalah mahasiswa semua, kita perlulah patuh pada kaedah-kaedah universiti. Haruslah diingatkan, selaku bakal pemimpin, kita sebaiknya menjadi seorang yang berdisiplin.

"Ha...pakai selipar? Nak kena sauk dengan kon ni ke?...". Pak Gad ni main kasar nampak? Mahasiswa UPM..., selalu kita tengok komen-komen SMS dalam Kosmo!, semua puji-puji Pak Gad kita. Universiti lain pun sama. |
posted by Mahasiswa-UPM @
10:23 AM  |
|
|
What the.......
|
Monday, March 12, 2007
|
GMM kembali, kali ini memperjuangkan isu yang telah diperjuangkan oleh orang lain. Poster isu Parking yang ditampal mereka di Flat Ikan, membuktikan bahawa mereka hanya muncul bila isu yang ada di UPM menjejaskan 'kebajikan GMM', dan bukannya mereka berpaksikan kepada kebajikan mahasiswa. MEMALUKAN. Dengan erti kata lain, GMM kembali, kembali membuka sejarah lamanya, iaitu dengan menempel kepada isu yang orang lain sudah usahakan dan sedang menanti kejayaan. GMM tidak malu berkongsi kejayaan isu. Very...very...shame on GMM. |
posted by Mahasiswa-UPM @
10:52 AM  |
|
|
Penyangak maruah negara
|
Tuesday, March 6, 2007
|
 Amin Idris. Nama yang hangat dalam dunia kemahasiswaan masa kini, sedang diperkatakan di laman Idealis Mahasiswa.
|
posted by Mahasiswa-UPM @
11:37 PM  |
|
|
Latih diri, 'Usha' kini, Senang nanti!
|
Friday, March 2, 2007
|
Ada lubang baik untuk graduan menganggur dan mahasiswa tahun akhir khususnya. Anda digalak untuk menyertai program yang disediakan oleh pihak universiti.
|
posted by Mahasiswa-UPM @
3:56 PM  |
|
|
Mahasiswa pembangkang ketandusan isu, TNC jadi mangsa.
|
Thursday, March 1, 2007
|
Setelah kian lama menabur janji-janji manis kepada mahasiswa, akhirnya puak2 pembangkang terdesak untuk mencetuskan isu. Pertubuhan mereka tidak didaftarkan dan tidak dilayan pihak universiti. Gerak-geri mereka sentiasa dipantau. Operasi mereka disekat. Terkini, seorang pemimpin universiti dijadikan sasaran 'melepaskan geram' mereka. Wajarkah bagi satu-satu pertubuhan yang ingin berkhidmat kepada mahasiswa, tetapi mengutuk keras TNC tanpa memikirkan bahawa matlamat mereka sudah jauh tersasar seperti yang ingin diperjuangkan dalam sesebuah pertubuhan itu. Memang perkara biasa, manusia akan melakukan kesilapan. Hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang bersifat maksum. Bukankah ada banyak cara untuk kita memperbetulkan sesuatu hal yang nyata silap dan salahnya. Ayuh, mari kita bina UPM yang gemilang. |
posted by Mahasiswa-UPM @
7:51 PM  |
|
|
|
>>Pengenalan kepada Politik Kampus UPM |
Gerakan
Mahasiswa Pembangkang Malaysia dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), dan dianggotai oleh;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung ( GAMIS )
2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
6. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
7. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
DEMA adalah satu pertubuhan haram mahasiswa di Malaysia yang
lahir dari UPM dan operasinya hidup bak nyawa-nyawa ikan, dengan modus
operandinya menghasut mahasiswa.
Kemudian lahirlah Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan kemudian
lahirlah Solidariti Mahasiswa Putra (SMP), dan kemudian mereka
semua ini bersatu untuk memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) di UPM.
PBBUPM melalui laman M-U ini,
akan membongkar siri-siri gerakan terancang GMM di UPM buat tatapan umum.
|
>>Artikel Lalu |
|
>>Arkib Artikel |
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
January 2008
February 2008
March 2008
May 2008
June 2008
July 2008
|
|
PBTUPM in new
era of GMMUPM. |
PBTUPM tajaan GMM |
www.pbtupm.blogspot.com
|
PBTUPM Alumni |
www.pbt-upm.blogspot.com |
Simon Ooi Tze
Y4C

PMIUPM
![[helang_deli.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSDl2HHS-KAH1f-qK6o-z-z2GPM31q6NqnhZH2axQ3CIucj4sLV59cATNUFLBNXKfbq0Xs7Joy1dC-vgwkAxP8CP6krE8ad8r0PgQXOyumcdVA_pYCGmn3EwM_5oQQ1pMaWp6FYC0R0aM/s1600/helang_deli.jpg)
Ahli PMIUPM |