Negaraku
50 Tahun Merdeka!!



Friendster Mahasiswa UPM. Sertai Kami!
 |
Gendang Pilihanraya Umum telah bermula, Pilihanraya Kampus jadi medan pra-uji.
|
Monday, August 20, 2007
|
Pak Lah telah memberi petunjuk awal bahawa piliharaya umum akan diadakan pada bila-bila masa selepas Ramadhan tahun ini.
Pilihanraya kampus kini mula menjadi hangat. Di kampus UPM, gelombang perjuangan pro-pembangkang mula menunjukkan taringnya apabila menampal poster di sekeliling Flat Sri Serdang dengan mesej untuk memberi pemahaman kepada mahasiswa bahawa terdapat dua (2) team yang terlibat dalam pilihanraya kampus di UPM.
Team yang pertama ialah Pro-Aspirasi, yang mana team ini banyak disokong oleh kerajaan. Manakala team kedua ialah Pro-Mahasiswa yang banyak memperjuangkan kehendak dan kebajikan mahasiswa.
Strategi licik mahasiswa pro-pembangkang dengan menamakan team mereka sebagai pro-mahasiswa dilihat telah gagal mengaburi mata mahasiswa. Ini adalah kerana, kesedaran mahasiswa terhadap perjuangan pro-pembangkang yang tidak telus dalam membela kebajikan mahasiswa amnya. Mereka (team pro-pembangkang) hanya lebih mahir berpolitik daripada menumpukan ke arah keselesaan mahasiswa di dalam kampus.
Dijangka pada pilihanraya kampus yang akan berlangsung pada September 2007 ini, pro-pembangkang tidak akan memboikot pilihanraya kampus seperti mana yang dilakukan 2 tahun kebelakangan ini. Ini merancakkan lagi suasana hangat pilihanraya kampus, yang mendahului dan mewarnai pilihanraya umum akan datang.
Mahasiswa yang prihatin dengan aspek kebajikan mereka untuk belajar dengan aman dan selesa di dalam kampus UPM ini, perlulah bijak dalam memilih siapakah yang patut dipilih sebagai The Leaders dari kalangan yang benar-benar komited, konsisten dan berkemampuan untuk memikul tanggungjawab selaku Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
|
|
|
posted by Mahasiswa-UPM @
12:03 PM  |
|
|
|
>>Pengenalan kepada Politik Kampus UPM |
Gerakan
Mahasiswa Pembangkang Malaysia dikepalai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), dan dianggotai oleh;
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung ( GAMIS )
2. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)
3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
4. Food Not Bomb (FNB)
5. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
6. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)
7. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)
DEMA adalah satu pertubuhan haram mahasiswa di Malaysia yang
lahir dari UPM dan operasinya hidup bak nyawa-nyawa ikan, dengan modus
operandinya menghasut mahasiswa.
Kemudian lahirlah Gerakan Mahasiswa Maju (GMM), dan kemudian
lahirlah Solidariti Mahasiswa Putra (SMP), dan kemudian mereka
semua ini bersatu untuk memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) di UPM.
PBBUPM melalui laman M-U ini,
akan membongkar siri-siri gerakan terancang GMM di UPM buat tatapan umum.
|
>>Artikel Lalu |
|
>>Arkib Artikel |
|
|
PBTUPM in new
era of GMMUPM. |
|
www.pbtupm.blogspot.com
|
PBTUPM Alumni |
www.pbt-upm.blogspot.com |
Simon Ooi Tze
Y4C

PMIUPM
![[helang_deli.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSDl2HHS-KAH1f-qK6o-z-z2GPM31q6NqnhZH2axQ3CIucj4sLV59cATNUFLBNXKfbq0Xs7Joy1dC-vgwkAxP8CP6krE8ad8r0PgQXOyumcdVA_pYCGmn3EwM_5oQQ1pMaWp6FYC0R0aM/s1600/helang_deli.jpg)
Ahli PMIUPM |